hai semua,saya kembali lagi hari ini..untuk apa??untuk memberi 10 tips??Tips apa??untuk cantik?untuk kurus?untuk sihat?tidakkkk.....hari ni saya akan bagi 10 tips membina sikap yang POSITIF....mungkin ada yang pernah buat..tapi dah terlupa..atau mungkin tak pernah buat langsung..apa pun,xper...kita x kisah ttg kisah lalu anda,yang penting anda sekarang dan akan datang:)..Sudah bersedia??Mari membaca....
1. Jangkakan Kejayaan
Wowww,bagaimana tu??untuk kita membina sikap yang positif,minda kita perlu menarik kejayaan bukan kegagalan. Ramai orang kebiasaannya suka berfikir, bagaimana jika gagal. Maksudnya kita perlu fokus untuk berjaya. Ini kerana sekiranya anda fokus untuk berjaya anda hanya akan fokus MENCARI JALAN untuk berjaya. Anda perlu gambarkan nikmat dan erti sebuah kejayaan,so,secara tidak langsung,anda akan menggarap sikap positif. Tapi kan,malangnya,kebanyakan orang suka fikir takut akan kegagalan,so,yang tergambar di fikiran hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan, kita tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan pada manusia. Kesimpulan,orang yang fikir untuk berjaya,akan sentiasa mencari jalan penyelesaian,orang gagal sentiasa mencari ALASAN. Seperti apa yang kita belajar di One Community Worldwide - When you attract positive thing,positive thing will come to you
2. Bertindak seperti orang berjaya
Alamak!!yang ini bagaimana pula??pada peringkat awal untuk kita membina sikap yang positif, kadangkala kita tak mampu hanya bergantung pada diri kita sendiri. Kita perlu ada mentor atau idola atau seseorang yang sudah berjaya untuk kita ikut cara dia. Contohnya,cara dia bercakap,cara dia berjalan,cara pemakaian,cara makan dan sebagainya. Jadi apabila kita sudah menghampiri kejayaan itu,barula kita akan menambah sedikit dengan cara kita. Contohnya di One Community Worldwide,pada permulaan saya dahulu,saya banyak ikut cara CRF elly dan DF Nasreeq...kemudian lama kelamaan,baru saya boleh bina karaktor saya sendiri. Seperti hari ini,kita ada ramai DF yang ada,DF eija,DF ammar,DF eira,DF Teha,DF Rauf,DF nadzmi,DF Shamin,DF Cha dan DF ezzah. Mereka adalah golongan orang2 yang mempunyai minda yang positif, oleh itu,lihat mereka,follow cara mereka,lama kelamaan minda anda dan perilaku anda akan positif dan jadi seperti mereka.

3. Ubah penampilan diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan yang positif. Kita mudah mengenali orang yang bersikap positif melalui percakapannya,pakaiannya,rambutnya,kasutnya,gayanya dan sebagainya,tapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Contohnya, anda dijemput ke satu majlis formal,dan anda berpakaian kasual,t-shirt dan juga jeans. Sampai di majlis tersebut,semua jemputan berpakaian kemas dan formal. Apa perasaan anda??Saya yakin, walau bagaimana positif sikap anda,anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian kemas, formal dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
- Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
- Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
- Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
- Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
- Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
- Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
- Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
- Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
- Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
- Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Sampai di sini tips saya untuk kali ini..Nanti!!!!kenapa 3 sahaja???tajuk di atas ada 10??Life full of surprise:)...Hehehe...untuk mengetahui tips yang seterusnya..nantikan entry-entry saya yang seterusnya....Semoga anda mendapat manfaat darinya. BERSEMANGAT!!!:)


Wow, sngt bagus utk dipraktikkan dlm kehidupan:) nice blog kak!
ReplyDeletehaha... x sabar dgn tips seterusnya...:)
ReplyDeleteKak eiju bab2 suprise mmg hebat!hehe
ReplyDeletenaisssssssss!!!!!!
ReplyDeleteYessss terbaik kak! Nak berjaya duplicate orang yang berjaya! yess! :)
ReplyDeleteHahahaha...x sabar2 nk nk tau lg 7!!!! Yeahhhh!!!
ReplyDeleteinspirational and nice advices. learn from others is one of the best way and a key to success. :-)
ReplyDeletexsabar nak tau lagi 7 tips tu..huhuhu
ReplyDeletepositif + action + change + ....... :)
ReplyDeletenak tips lgi kak:)tqcrfeiju
ReplyDeleteubah penampilan diri...yeah ! come on huhu
ReplyDelete