Sunday 14 July 2013

Ramadhan untuk semua:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 blog saya ini:) Salam ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada partner2 di One Community Worldwide-Belia Sedar dan bakal2 partner...Ini adalah tahun ke 4 saya berpuasa bersama One Community. Diimbas kembali kenangan lalu..tahun pertama,2010...ketika itu,saya betul2 baru merangkak dalam dunia perniagaan di One Community ini. Bersama sahabat2 sejati saya ketika itu DF nasreeq dan cdf eija..dan saya ketika itu,masih lagi AF dan single,hehehe...berkongsi suka duka..berkongsi juadah berbuka..bergabung tenaga dan daya mental yang kuat dalam membangunkan kumpulan kami dan melebarkan empayar. Begitu byk cabaran dirasakan ketika itu...tapi kepercayaan dalam diri kami,membuatkan kami teguh dan meneruskan perjuangan kami...

Masuk tahun kedua,Ramadhan di One Community,tahun 2011....tahun yang indah...ketika itu,saya dan eija,telah bergelar DF,dan itulah tahun pertama kami menyambut ramadhan sebagai seorang DF. Empayar,DF nasreeq ketika itu,semakin meluas..kami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...alhamdulillah,kami tidak lupa pada yang memerlukan..kami berkongsi rezeki kami dengan memberi duit raya pada yang memerlukan...rasa sangat bersyukur diketemukan dan ditetapkan hati oleh Allah di One Community ini...

Tahun ketiga,2012 di One Community pula,alhamdulillah,
peningkatan berlaku. 
Begitu luas rezeki Allah kepada kami di One Community ini. Tapi,kami tetap berpegang kepada,semua rezeki yang kami dapat,bukan utk kami semata2..tetapi utk dikongsi dan disampaikan kepada org2 yg memerlukan..Ramadhan kali ini,di sambut dengan title DF dan ada seorang DF lahir bersama diriku dan DF eija. Empayar DF nasreeq ketika itu,semakin lagi meluas...kerana telah nampak bayang2 DF DF yang akan wujud,bagi melahirkan CRF nasreeq. Ramadhan ketiga ini,saya menghadapinya sebagai seorang bakal isteri orang pula..Wahhh,dari bujang sampai bakal menjadi isteri orang saya masih di One Community ditemani sahabat2 sejati saya. Tahun ke3 ini juga,alhamdulillah,Allah mengurniakan rezeki yang besar di sini. Sekali lagi,kami berkongsi utk mengagihkan rezeki2 yang kami dapat dengan lebih meluas...terima kasih Allah kerana sentiasa menetapkan hati kami utk mencari rezeki-Mu di One Community ini...

Tahun 2013,adalah tahun ke4 saya bersama sahabat2 saya di One Community. Gelaran yang berbeza...suasana berbeza...Empayar kami,alhamdulillah semakin meluas...DF eija dah ada 2 DF,saya sendiri pun dah ada 4 DF  bersama2 dengan saya...dan dalam usaha membina 3 lagi DF untuk menjadi CRF dan DF nasreeq telah menjadi CRF Nasreeq bersama 11 DF nya...Alhamdulillah,Allah sentiasa memberikan rezeki kepada kami dan orang2 disekeliling kami...Kali ini pula..saya sudah bergelar isteri dan bakal Ibu...Indahnya kenangan Ramadhan di One Community ini..Sekali lagi,rezeki yang kami dapat dikongsikan bersama ramai yang lain...Jadi kaya tak salah,tapi kena sentiasa humble dan contribute kepada yang lain..Alhamdulillah,Semalam,baru sahaja selesai Kenduri Kesyukuran dan Majlis Buka Puasa,bg meraikan RF elly,CRF Nasreeq,DF Teha,DF Nadzmi,DF Rauf,DF Cha,DF Shamin,DF ezzah,DF Hafiz dan DF Redza...lebih dari 300 orang yang hadir,membaca yassin,berbuka puasa bersama,solat maghrib berjemaah,solat isyak dan solat terawikh berjemaah bersama2...Bersama alunan Doa yang dibacakan oleh CDF Asyran semalam,betul2 menyentuh hati saya dan membuatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana ditetapkan hati dan ditakdirkan oleh Allah untuk terus bersama One Community dan ahli2nya...

Kepada yang mengikuti blog saya ini...walau apapun orang di luar mengatakan tentang One Community dan partner2nya...anda boleh nilaikan sendiri...tingkatkatkan rasa syukur,sbb anda diketemukan dengan One Community dan byk mendapat manfaat di sini...Bukan sekadar harta dan wang ringgit..tapi nilainya,LEBIH dari itu,dan mmg tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit...:)

Selamat meneruskan Ibadah puasa dan amalan2nya di bulan Ramadhan ini...Tingkatkan usaha..Mission 3 bulan,perlu kecapai bersama..rezeki Allah itu luas..usaha dan pergi cari serta dapatkannya....semoga anda mendapat manfaat dari entry kali ini..sentiasa BERSEMANGAT!!!!:)

Wednesday 3 July 2013

Selepas hujan yang lebat pastinya ada pelangi yang sangat cantik:)

Assalamualaikum w.b.t....apa khabar semua pembaca2 blog saya??mesti dah lama ternanti2 entry baru blog saya kan??:)..Maafla,2minggu lepas terlalu bz..hujan sangat lebat...angin puting beliung..hahahhaah,mesti pelik...rasenya 2 minggu lepas jerebu,knp plak saya katakan adanya cuaca sebegini??Dalam hidup kita,kena sentiasa tengok sesuatu itu diluar kotak..luaskan pemikiran..:)

Sepanjang perjalanan dalam misi mencipta rekod dunia di One Community,terlalu banyak pancaroba yang dilalui...yang betul2 menguji kesabaran,ketahanan mental dan emosi. Namun pengalaman2 ini,benar2 mematangkan saya. Walaupun rasanya,pengalaman seperti ini tak mampu ditanggung oleh ramai orang,tapi alhamdulillah,berkat sentiasa berdoa dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah,disamping support yang tidak pernah putus dari sahabat2 di One Community,ianya dapat ditangani:)

Setelah semua dugaan itu dapat dilalui dengan tenang....terhasilnya result yang membanggakan..pelangi yang keluar begitu indah dan menenangkan bila melihatnya. Skill pun semakin bertambah...:)

Dalam hidup kita,xkisahla di mana,selagi namapun manusia,dugaan dan cabaran memang akan ada..cuma persoalannya,macammana kita menanganinya dan siapa yg berada disamping kita.

Sekarang ini,misi RF wanita Melayu pertama One Community di dunia,telah dilahirkan..TAhniah kepada RF Elly!!!Alhamdulillah,syukur...Kali ini,sesuatu yg lebih istimewa menanti...Melahirkan RF Lelaki Melayu Muda Pertama One Community di Dunia!!!!!Becoming RF Nasreeq!!!Saya yakin,kali ini perjalanannya insyaAllah akan lebih mudah dan lebih menyeronokkan:D..Dugaan n cabaran itu pasti,namun kondisi mental dan emosi untuk menanganinya,akan lebih bersedia:)

Walaupun ramai diluar yang sangat menantikan kejatuhan kami,namun alhamdulillah dengan izin Allah,Rezeki di One Community Worldwide adalah milik kami dan orang2 yang bakal menyertai kami."kita tak boleh puaskan hati semua pihak,yang pasti kita dah buat yang terbaik"..Kena ada hati yang besar dan hati yang kuat:)..Bersatu hati dan berusaha bersama2,kita pasti BOLEH!!!
 Sampai di sini sahaja untuk kali ini...semoga anda mendapat manfaat darinya!!bersemangat!!!

Tuesday 18 June 2013

Tips>Bahagian 2

Assalamualaikum w.b.t
hai semua???dah lama ternanti2kan entry saya kan??betul tak??tak per,penantian adalah sesuatu yang menyakitkan,tp bila dah dapat apa yang dinantikan pasti rasa gembira kan:)..seperti gambar yang saya letak ni,kena happy!!!
Di sini saya nk menyambung tips saya yang lepas,berkaitan mendapatkan minda yang positif. Entry saya sebelum ni,saya telah memberikan 3 tips...apa dia???sila rajinkan tangan,klik kat entry saya sebelum ini k:)

4. Berkawan dengan orang yang berjaya

Membaca point di atas pasti ada banyak persoalan di minda kan??habis tu,bagaimana jika kawan2 saya semua tidak berjaya??mana boleh pilih kawan??kalau begini,saya perlu putuskan silaturrahim ke??Adoiii,kenapa la complicated:)..Rasulullah s.a.w sendiri bersabda,"kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan2nya". Tapi bila dilihat situasi sekarang,ramai orang lebih suka berkawan dengan orang yang gagal dan negatif. Situasi ini byk saya lihat orang2 yang gagal dalam ONE COMMUNITY WORLDWIDE. Ramai saya jumpa orang2 yang berjaya di sini. kenapa perlunya berkawan dengan orang berjaya??SANGAT PERLU..knp??orag yang berjaya,adalah orang yang positif. Orang2 seperti ini banyak berbincang tentang apa yang mahu dcapai di masa hadapan,dan pastinya ia akan mempengruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya juga anda akan terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Oleh itu, sekiranya anda berkawan dengan orang yang gagal,hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah negatif dn kegagalan mereka. Oleh kerana itu,betapa pentingnya pergaulan kita dan siapa kawan2 kita. Di One Community, ramai orang2 positif yang kita boleh temui.

 

5. Fokus pada apa yang anda mahukan...
 

Dari aspek kecemerlangan diri,untuk menjadi orang
yang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Oleh itu,bila anda fokus pada apa yang anda mahukan,anda mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang brjaya. Fikirkan pula,posotifkah anda apabila anda berkata :
-Mulai hari ini aku tidak malas lagi
-Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi
-Mulai hari ini aku tidak mahu main2 dengan impian aku dan apa yang aku nak..
-Aku tidak mahu gemuk
-Mulai hari ini,aku tidak mahu bangun lambat

Positif kah anda dengan ayat2 itu??Jawapannya ialah tidak!!Hasrat anda baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main2 dalam kehidupan anda dan sebagainya.Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti ini : -Mulai hari ini aku seorang yang rajin- Mulai hari ini aku solat lima waktu-Mulai hari ini aku akan lebih serius dan capai impian aku-Aku mahu kurus-Mulai hari ini aku bangun awal Bila dilihat, ayat2 ini mempunyai maksud yang sama tapi disampaikan dalam ayat2 yang positif,so,oleh itu fokus pada apa yang anda mahu. Oklah setakat di sini sahaja topik saya untuk kali ini. Laaaaaa,lagi 5??Untuk dapat sesuatu yang istimewa,perlukan banyak kesabaran.Semoga anda mendapat byk manfaat dari entry saya kali ini...BERSEMANGAT!!!!:)













Thursday 13 June 2013

10 Tips...untuk???:)..Teruskan membaca..

Assalamualaikum w.b.t...
hai semua,saya kembali lagi hari ini..untuk apa??untuk memberi 10 tips??Tips apa??untuk cantik?untuk kurus?untuk sihat?tidakkkk.....hari ni saya akan bagi 10 tips membina sikap yang POSITIF....mungkin ada yang pernah buat..tapi dah terlupa..atau mungkin tak pernah buat langsung..apa pun,xper...kita x kisah ttg kisah lalu anda,yang penting anda sekarang dan akan datang:)..Sudah bersedia??Mari membaca....

1. Jangkakan Kejayaan

Wowww,bagaimana tu??untuk kita membina sikap yang positif,minda kita perlu menarik kejayaan bukan kegagalan. Ramai orang kebiasaannya suka berfikir, bagaimana jika gagal. Maksudnya kita perlu fokus untuk berjaya. Ini kerana sekiranya anda fokus untuk berjaya anda hanya akan fokus MENCARI JALAN untuk berjaya. Anda perlu gambarkan nikmat dan erti sebuah kejayaan,so,secara tidak langsung,anda akan menggarap sikap positif. Tapi kan,malangnya,kebanyakan orang suka fikir takut akan kegagalan,so,yang tergambar di fikiran hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan, kita tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan pada manusia. Kesimpulan,orang yang fikir untuk berjaya,akan sentiasa mencari jalan penyelesaian,orang gagal sentiasa mencari ALASAN. Seperti apa yang kita belajar di One Community Worldwide - When you attract positive thing,positive thing will come to you


2. Bertindak seperti orang berjaya

Alamak!!yang ini bagaimana pula??pada peringkat awal untuk kita membina sikap yang positif, kadangkala kita tak mampu hanya bergantung pada diri kita sendiri. Kita perlu ada mentor atau idola atau seseorang yang sudah berjaya untuk kita ikut cara dia. Contohnya,cara dia bercakap,cara dia berjalan,cara pemakaian,cara makan dan sebagainya. Jadi apabila kita sudah menghampiri kejayaan itu,barula kita akan menambah sedikit dengan cara kita. Contohnya di One Community Worldwide,pada permulaan saya dahulu,saya banyak ikut cara CRF elly dan DF Nasreeq...kemudian lama kelamaan,baru saya boleh bina karaktor saya sendiri. Seperti hari ini,kita ada ramai DF yang ada,DF eija,DF ammar,DF eira,DF Teha,DF Rauf,DF nadzmi,DF Shamin,DF Cha dan DF ezzah. Mereka adalah golongan orang2 yang mempunyai minda yang positif, oleh itu,lihat mereka,follow cara mereka,lama kelamaan minda anda dan perilaku anda akan positif dan jadi seperti mereka.




3. Ubah penampilan diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan yang positif. Kita mudah mengenali orang yang bersikap positif melalui percakapannya,pakaiannya,rambutnya,kasutnya,gayanya dan sebagainya,tapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Contohnya, anda dijemput ke satu majlis formal,dan anda berpakaian kasual,t-shirt dan juga jeans. Sampai di majlis tersebut,semua jemputan berpakaian kemas dan formal. Apa perasaan anda??Saya yakin, walau bagaimana positif sikap anda,anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian kemas, formal dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
  1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
  2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
  3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
  4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
  5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
  6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
  7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
  8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
  9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
  10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Sampai di sini tips saya untuk kali ini..Nanti!!!!kenapa 3 sahaja???tajuk di atas ada 10??Life full of surprise:)...Hehehe...untuk mengetahui tips yang seterusnya..nantikan entry-entry saya yang seterusnya....Semoga anda mendapat manfaat darinya. BERSEMANGAT!!!:)





Wednesday 12 June 2013

Hargai pemberian Ilahi:)


Assalamualaikum w.b.t....
Apa khabar semua hari ni??Mesti ada yang dah merindui coretan dari saya kan??Saya tahu ada pelbagai kelompok yang membaca blog saya ini..Ada yang positif,ada yang negatif,ada yang 50-50,dan mungkin ada yang tak faham..Tak per...yang penting,setiap ilmu yang dikongsikan dalam blog saya ini,jika yang membacanya,mentafsirkan kepada yang positif dan mengamalkannya,dan juga menyampaikan dengan tujuan kebaikan,InsyaAllah itu adalah bekalan utk di 'sana' nnt:)

Topik saya hari ini berkaitan hargai pemberian Allah yang begitu besar kepada manusia,iaitu otak ataupun akal fikiran. Kenapa saya memperkatakan tentang perkara ini??Sebab ramai kini yang tidak menghargai dan menggunakan dengan sebaiknya pemberian ini. Kebanyakan manusia,lebih suka membuat sesuatu perkara menggunakan nafsu ataupun emosi sahaja berbanding menggunakan akal fikiran yang waras dan rasional.Saya ingat lagi ketika di zaman sekolah,ada seorang cikgu mengajar saya tentang,"apa pun yang kita nak lakukan,letakkan akal di hadapan perasaan,bukannya perasaan di hadapan akal". Saya bagi beberapa contoh. Hari ini,ada kes lari dari rumah bersama teman lelaki. Persoalan di sini,kenapa wanita ini lebih percayakan lelaki yang baru dikenali mungkin sebulan dua,berbanding family sendiri yang dah kenal sejak lahir??Itu benda yang orang waras fikirkan,tapi orang yang hanya menggunakan perasaan??Adakah mereka fikir seperti itu??

Contoh yang lain pula. Hari ini, kebanyakan orang melayu,tidak mahu ditipu,tetapi bila kita kaji,orang yang paling ramai kena tipu,siapa??orang melayu kan??sebab apa,golongan ini tidak menggunakan akal fikiran dengan sebaiknya ketika membuat keputusan. Yelah,ada yang belajar matematik,dengan cikgu sains,ada yang belajar berenang dengan orang yang baca buku berenang sahaja,bukan dengan orang yang mmg pandai berenang..dan lagi kesian,orang yang nak dapat A dalam biologi,pergi belajar dengan orang yang Fail dalam biologi...hahahahhaha,untuk orang yang waras,mesti akan kata,ada ke berlaku kes macam ni??jawapannya ada,bila seseorang itu membuat keputusan dengan tidak menggunakan akal yang waras.

Mendalam sangat bahasa ni??tak paham???ok,saya jelaskan. Contohnya,di One Community Worldwide. Ada yang datang ke sini, rasa seronok,rasa sihat,tahu ada banyak kelebihan dan kebaikan,ada budaya yang xkan mungkin jumpa kat luar,ramai orang boleh berubah,ada yang boleh buat duit,buka frenchise dan ramai yang berjaya di sini. Tetapi bila dengar dari satu atau dua orang tentang orang memburukkan One Community,terus percaya,tanpa berfikir. Ada pula,yang hanya terbaca kisah orang yang gagal dari One Community dan menulis banyak benda buruk tentang One Community,terus percaya..Hahahahha,ini yang saya maksudnkan tadi. Nak belajar matematik pergi belajar dengan cikgu Sains..Nak belajar tentang One Community pergi belajar dengan orang yang mungkin hanya belajar or keje di luar,Nak dapat A,dalam biologi,pergi belajar dengan orang yang Gagal dalam biologi. Nak berjaya di One Community,sepatutnya belajarla dengan orang berjaya,bukannya belajar dengan orang yg gagal...:)

Alamak!!ada yang sentap atau terguris hati membaca coretan saya ini??Maaf,kebenaran memang menyakitkan..Nilaikan sendiri,adakah orang2 ini menggunakan harta pemberian Allah ni dengan betul dan sebaiknya:)

Itu sahaja untuk kali ini..semoga anda dapat manfaat dari coretan ini:)..BERSEMANGAT!!

Monday 10 June 2013

Menyakitkan tapi perlu,Pelik tapi benar:)

Salam 1 Sya'aban pada semua:)Apa perasaan anda hari ini??Jangan segan2,sila pilih wajah anda di sebelah,hehehe....kita jangan rasa malu dengan keadaan muka sendiri ketika ini..Jika gembira,bagus,jika sebaliknya atau perasaan2 tak best yang lain,cepat2 buat sesuatu supaya muka dan hati anda gembira:D..Contohnya dengan membuka dan membaca blog saya ni,berulang2..mungkin boleh buat anda gembira:)


Oklah,topik saya hari ini,"Menyakitkan tapi perlu,Pelik tapi benar"...topik apa ni??Amat mendalam maksudnya..takper jangan risau,saya akan ungkaikan topik ini pada hari ini. Topik ini sebenarnya berkaitan dengan KETEGASAN. Kenapa pula ianya berkaitan??Ketegasan adalah sesuatu yang sukar untuk ramai orang lakukan. Tetapi kebanyakan pemimpin perlukan sifat ketegasan ini. Bila kita lihat, anak2 yang dididik dengan ketegasan berbanding dengan kemanjaan sangat jauh berbeza hasilnya. Kebanyakan yang dididik dengan ketegasan menjadi anak yang lebih berguna. Even dalam Islam sekalipun, menekankan tentang ketegasan dalam mendidik..contohnya : anak umur 7 tahun tak solat,perlu dirotan. Sebab tu kenapa,walaupun kita berlaku TEGAS,kita akan rasa sakit dan individu yang kita tegas pun akan rasa sakit,tapi yang peliknya, hasilnya individu yang dididik dengan tegas itu menjadi lebih berjaya dan berguna.

Itula yang saya dan kawan2 alami di One Community-Belia Sedar. Dahulunya saya adalah anak yang agak manja. Mak saya tegas tapi ayah saya sangat baik..Saya paling takut dengan lelaki yang garang dan tegas,sbb ayah saya adalah seorang yang sgt penyayang. Bila kena marah dengan perempuan,saya ok je,sebab dah biasa mak garang,tapi bila kena marah dengan lelaki,saya jadi takut dan blurrr. Oleh itu,apa yang menariknya di One Community ini, segala perasan itu telah berubah 100%.Wowww!!kenapa?sebab introducer dan pemimpin komuniti kami ini adalah seorang lelaki yang sangat tegas. Hasil didikan beliaulan saya jadi insan yang Tegas juga dan alhamdulillah,agak berjaya dan mampu membantu ramai orang di sini. Walaupun pada mulanya saya rasa sakit dan pedih hati,tetapi bila menerima dan ubah,hasilnya memang menakjubkan. Thank u so much pada DF Nasreeq,pemimpin kami semua di sini:)

Kesimpulannya,jika kita nak berjaya dan menjadi orang yang berguna,kita kena rasa bersyukur sekiranya kita dididik dengan ketegasan. Mungkin peringkat permulaan kita rasa sakit,sedih,hilang semangat dan sebagainya,tapi sebagai manusia yang dianugerahkan akal yang istimewa,kita kena bangkit dengan cepat dan tukar perasaan itu kepada,syukur sebab ada orang sudi bertegas dengan kita untuk melihat kita berjaya dan mendapat hidup yang lebih baik:)..Ketegasan "menyakitkan" tapi memang perlu,mngkin cara yang nampak "pelik",tapi memamg benar,hasilnya menakjubkan!!!

Ini sahaja untuk hari ini....semoga berjumpa lagi di topik akan datang..sentiasa BERSEMANGAT!!!

Saturday 8 June 2013

Aktiviti yang dah ramai orang lupa....tp sesuatu yang baru ditemui:)

Apakah ini??macam dah lama tak nampak...hehehehe..ini adalah antara contoh sukan-sukan yang ada...brp ramai yang masih bersukan setiap hari?setiap minggu?sebulan sekali?atau setahun sekali??hahahhaha,lagi dahsyat tu setahun sekali...Orang sekarang,kalau boleh bwk kenderaan masuk kelas/meja kat tempat keje,pun bawak masuk,punyalah tidak mahu mengeluarkan tenaga bersenam:D....Ada yang tertusuk di hati??hehe...mmg benda benar menyakitkan...saya pun antara orang yang jarang bersenam. Time belajar dulu,agak rajinla,berjoging setiap pagi..kalau tak sempat pun,bersenam dengan mempraktikkan ilmu mempertahankan diri di coridor depan bilik....
 
 
Masa berlalu..habis belajar..saya dah kurang bersenam...mmg terasa badan tak sihat..saya dahulunya ada tekanan darah rendah...sebenarnya bukan tak da masa nk bersenam,tapi keinginan tidak cukup tinggi..hehehe...akhirnya,sampailah saya menjumpai One Community-Belia sedar ni...memang betul2 memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya kesihatan,walaupun bukan dengan cara bersenam semata2..saya diperkenalkan dengan Elife..satu alat kesihatan berteknologi tinggi yang bukan setakat membantu kesihatan,tapi membuatkan jantung si pengguna berdegup seperti bersenam..Wowwwww!!!Elife mmg mengkagumkan...keluarga saya sendiri dah ada 3 biji elife..mmg sangat bagus..sehingga sekarang ini,walaupun saya sedang mengandung,alhamdulillah,saya masih berenergy tinggi utk bersenam aerobic lebih 5 lagu,hehehe...dan saya jga bersyukur,bermula dengan mengenali Elife dan One Community Worldwide - Belia sedar ni,saya dan kawan2 saya boleh miliki Frenchise kami sendiri..sekaligus..boleh membantu ramai orang utk lebih sedar tentang kesihatan dan membina masa depan:)
 
Oleh itu marilah kita sama2 menjaga kesihatan kita dengan mengamalkan cara hidup sihat dan mengamalkan penggunaan teknologi baru dan terkini iaitu elife...Dan sentiasa juga berfikiran positif,supaya minda kita juga sihat..Penyakit takkan hinggap pada badan orang yang positif...Itu sahaja untuk kali ini....semoga kita berjumpa lagi pada blog seterusnya!!!*mood bersemangat dari pusat komuniti cyberjaya!!!!*
 
 

Sesuatu yang menarik ada di sini:D

How r u feeling rite now??Buat apa hari2 sabtu ni??ada yang keluar bersama rakan2?keluarga?Rakan2 di One Community Worldwide - Belia sedar,ramai yang pergi charge badan...bagi badan2 ang letih semakin segar,bg yang emo2 jadi cool,hehehe:)

Apa topik saya hari ini??Ingin belajar mengenali diri sendiri dan orang lain berdasarkan bulan kelahiran?amboiii,ada yang tak sabar2 tu..yang pasti mesti tak sabar nak melihat bulan kelahiran diri sendiri kan;)....biasala tu..itula lumrah manusia. Contohnya macam tengok gambar,kita pasti akan melihat wajah kita dulu kan??Jika wajah kita cantik/handsome ketika itu,gambar yang buruk pun nampak cantik,tapi jika wajah kita xcantik/xhandsome dalam gambar tu,gambar yang cantik pun jadi buruk...hahhahahah..sila mengaku pada yang menidakkan dalam hati tu:p..Okla,hari sabtu ni,jangan stress2...Perlu happy k....So di bawah ni senarai bulan kelahiran dan ertinya..Ini hanya kajian,tidaklah 100% tepat:)

JANUARY --> Setia...Ego....Keras kepala...Matang...Rajin

FEBRUARY --> Simple...Peramah....degil

MARCH --> Keras kepala..Berani...Sexy

APRIL--> Setia...Menarik...Sexy...Nakal...Rock n Roll

MAY ---> Jujur...Penyayang...Cute....Manja....Lembut

JUNE ---> Menarik..Keras kepala...Baik hati....Pemalu

JULY---> Dewasa...Setia...Cute...Gagah

AUGUST ---> Simple...Cute...Berani...Ganas

SEPTEMBER ---> Ganjil...Pelik..Nakal

OCTOBER ---> Manja...Baik....Sopan santun...Rajin

NOVEMBER ---> Ego...Menarik...Jiwang

DECEMBER ---> Ceria...Setia..Manja

Haaaaaa,tu ada yang dah senyum-senyum tu...hehehe..oklah..sampai di sini sahaja coretan saya pada hari ni...semoga yang setia di blog ini mendapat manfaat darinya:D

Thursday 6 June 2013

Santapan rohani di Hari Jumaat~Penghulu segala hari~

Assalamualaikum w.b.t.....Salam hari jumaat pada semua:)..Pasti ramai yang ternanti-nantikan entry saya pada hari ini kan?hehehe,biasalah,untuk menyampaikan benda2 baik,pasti ader sedikit halangan..tapi tak per...itu lumrah...:)..Apa khabar hari ini?Pasti semua gembira dan tenang kan?kenapa?adakah sebab hari jumaat?Hari jumaat adalah hari yang mulia di mana kita digalakkan untuk lebih beramal pada hari ini..bersihkan hati sucikan jiwa..kehidupan kita akan tenang.....


Sedikit tazkirah pada hari yang mulia ini..Walaupun saya bukan ustazah,tp di One Community-belia sedar,kita digalakkan untuk mencari ilmu dan memberi ilmu.Tidak semestinya ustaz or ustazah sahaja boleh berdakwah kan:)..Doa..sesuatu yang sgt penting untuk semua orang islam..doa bukan sahaja dibuat ketika kita susah..tetapi ketika kita senang juga,kita digalakkan untuk berdoa,untuk memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi..Ini juga salah satu cara kita berkomunikasi dengan Pencipta kita..Sekiranya sudah buntu dgn apa yang kita buat,Allah pasti ada jawapannya..maka,marilah kita bermohon@berkomunikasi denganNya.Jangan sombong..Kadangkala,mungkin kita terlupa..selepas solat,tanpa doa,kita terus bangun dan pergi..Doa,walaupun sekejap,begitu bermakna pada setiap orang Islam. Kita kena yakin,dalam setiap usaha kita,kita juga perlu berdoa. Untuk lebih baik,bukan hanya kita doa untuk diri kita,tp doa kita akan lebih makbul,bila kita doakan untuk orang lain,seperti ibu bapa kita,rakan2 kita,dan sesiapa sahaja yang kita mahu doakan:)
Oleh itu,kepada pembaca2 blog saya,marilah sama2 kita menadah tangan dan berdoa bersama2 pada hari jumaat yang mulia ini. Apa pun permasalahan yang berlaku dalam hidup kita,pasti ada penyelesaian..Sekiranya,kita tak jumpa solution itu di kalangan sesama manusia,kena ingat dan tanam dalam hati,kita ada Allah..Dia akan sentiasa ingat dan bersama hambanya yang sentiasa mengingati Dia dan sentiasa berkomunikasi dengan Dia.
Sekian,coretan saya di hari jumaat ini...Renung-renungkan dan selamat beramal!!!Segala yang baik itu datangnya dari Allah,segala yang silap atau kelemahan dalam coretan ini,semuanya datang dari diri saya sendiri..Sekian:)

Wednesday 5 June 2013

Persamaan??Hampir mustahil???Tiada yang mustahil dalam hidup kita:)

Apakah persamaan mereka??hahaha,jangan ada yang terkejut dengan topik saya pada hari ini:)...Life full of surprise!!Tlg jangan cari perbezaan mereka,nahhh,mmg byk perbezaan..Hari ni saya ingin mengutarakan,bagaimana untuk melihat sesuatu di luar kotak...bahasa englishnya,"Out of box":)...Apa yang pasti,kedua2nya, wanita,bertudung,pose dengan gaya yang menarik,mempunyai senyuman yang menawan,nampak muda,dan yang pasti,bila kita renung dalam2 pada wajah mereka,menyimpan pelbagai kenangan,semangat,ketabahan wanita dan menjalani pengalaman yang mugkin ramai orang tak jalani:)

Sebenarnya kan,ramai yang sentiasa tertanya2,kenapa saya begitu mengidolakan insan ini?bila sebut nama Siti Nurhaliza,jiwa saya akan bersemangat..mata yang mengantuk,jadi segar..badan yang sakit akan sihat...hati yang sedih jadi gembira..hahahhaa..apa yang pasti,insan ini telah berada dalam jiwa saya,sejak sekolah@sejak kecil,iaitu sejak kemunculan beliau. Pada awal kemunculan beliau dalam bidang seni,beliau sangat menjaga ATTITUDE,PEMAKAIAN,PERGAULAN dan beliau adalah orang yang TEGAS. Walaupun ramai yang tak suka dengan cara beliau,tapi beliau bertahan dengan sikap positif beliau,sampaila nama beliau di puncak sampai ke hari ini:)

Siti Nurhaliza datang dari keluarga yang susah,dan masa kecil mmbantu ibunya jual kuih..Percaya tak,itu pun sejarah saya dulu..Di saat semua orang pergi ke sekolah semata2 untuk belajar,tapi saya membawa sebakul plastik penuh dengan kerepek untuk bantu mak saya jual di sekolah. Namun sekarang, beliau dah senang,n sedang bantu ramai orang...Itu juga yang saya buat sekarang..alhamdulillah,murah rezeki dan sedang bantu ramai org.
Apapun,saya bersyukur satu perkara.Knp??Sebab saya di ketemukan dengan One Comunity Worldwide-Belia Sedar. Apa kaitannya??Saya dah lama berimpian untuk jumpa insan yang saya Idolakan ini...tapi tak pernah kesampaian. Tapi bila ada di One Community ini,saya mendapat banyak sokongan dan perkataan,PERCAYA saya akan dapat jumpa beliau. Terutama,sifu kami di sini,DF Nasreeq:)..Akhirnya,saya ingat lagi tarikh keramat ini,24 February 2011,akhirnya saya dapat berjumpa Insan ini,atas semangat dan dorongan Sifu kami ini dan tlg dihantar oleh DF Teha...Wowwww!!sejak saat itu,rezeki saya untuk berjumpa dengan dia,sentiasa ada:)..Jika tidak berada dalam One Community ini,saya rasa saya tiada kekuatan itu dan mungkin MUSTAHIL saya dapat berjumpa dengan dia..Thank u so much One Community..
Siti nurhaliza semakin berjaya kini,walaupun ramai orang tak suka dia n kutuk dia.Beliau sentiasa humble. Saya ingat lagi kata2 beliau,"kita tak boleh puaskan hati semua pihak,yang penting,kita dah buat yang terbaik"..Dari situ,saya dapat simpulkan,kehidupan orang berjaya,memang ada yang sanjung,tapi ada juga yang tak suka..Itu normal..Sama juga dengan diri saya dan rakan2 di One Community Worldwide-Belia sedar ini...Ada ramai yang suka,ada juga yang mengata di luar..so,xper..mmg itu lumrah..yang pasti kami di One Community masih membantu ramai orang untuk Sihat,untuk Berubah menjadi yang lebih Baik dan membantu memberi Peluang kepada ramai orang di luar sana..Perbuatan dan niat yang dilakukan dengan Hati,dan dibuat dengan keikhlasan,tanpa mengharapkan balasan,itulah budaya dan pegangan kami di sini:)
Sekian untuk hari ini..diharap,pembaca2 entry saya dapat byk manfaat darinya...Hari yang penuh KEGEMBIRAAN dan BERSEMANGAT!!!!!

Tuesday 4 June 2013

Erti keikhlasan sebenar:)


Apa khabar semua??!!!Saya kembali lagi membuat coretan di blog saya ini:)..Ikhlas..suatu perkataan yang pendek dan ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam...suatu perkataan yang tidak boleh diukur dengan perbuatan sahaja..Coretan ini adalah kesinambungan berkaitan coretan ttg Perjuangan hati semalam..

Siapa tahu bagaimana kita nak tahu sesuatu perbuatan atau pemberian itu ikhlas??Kita pun tak tahu..tapi untuk diri kita sendiri,bila kita ikhlas,kita tidak akan mengharapkan apa2 balasan sekalipun..Cuma kadangkala byk keikhlasan zaman moden ini dan di dunia fatamorgana ini,disalahertikan atau diragui...

Inilah perkara yang terdapat di One Community-Belia sedar ini. Memang ramai yang agak ragu2 pada permulaannya..Sama juga seperti saya dahulu..saya tak percaya di Kota Metropolitan ini masih ada kelompok yang ikhlas dalam melakukan sesuatu...tetapi lama kelamaan, saya dapat menyelami dan mempraktikkan rasa ini. Sesuatu yang dibuat dan dibantu,tidak mengharapkan balasan terutama dari sudut kewangan. Membantu orang sihat, bagi consultation berkaitan kesihatan,tanpa bayaran pun..Dahsyat..bukan senang nak jumpa tempat dan golongan seperti ini:)..Saya g hospital,sekali consult pun dah beratus...tapi ni,mereka ikhlas membantu..

Luas sebenarnya konteks keikhlasan ni...apa pun,bila kita buat guna hati,dan tidak mengharapkan balasan,itulah keikhlasan sebenar yang kita boleh rasa:)..Setakat di sini coretan saya kali ini..kita bersambung di lain topik....BERSEMANGAT!!!!

Monday 3 June 2013

Sebuah Perjuangan, Tanpa pertumpahan darah,Hanya menggunakan sekeping Hati yang Tulus

 
Selamat hari Selasa...pernah dengar tentang perjuangan??apa yang anda faham tentang erti perjuangan??Kebanyakan orang faham,perjuangan adalah suatu pertempuran...pertempuran yang biasanya akan berlakunya pertumpahan darah...tapi ada juga faham,perjuangan berkaitan minda...saikologi...tak kisah apa pun pandangan seseorang itu..tapi di sini saya nak memperkatakan tentang perjuangan yang hanya menggunakan sekeping hati yang tulus...

Perjuangan dengan sekeping hati???apa tu??Macam tak logik ajer...tiada yang mustahil di dunia ini...lagipun,di dalam Islam sentiasa mengingatkan umatnya,jaga hati...jangan biarkan tompok2 hitam bertambah di dalam hati...jika ada,cepat2 bersihkan ia..Rasulullah pun,menjalani satu keadaan,hatinya dikeluarkan dan dicuci dengan air zam zam...woww,di situ kita dah dapat tafsirkan betapa pentingnya hati...

Di mana adanya perjuangan menggunakan hati ini??mungkin ada di tempat anda,mungkin ada di mana2..tapi di sini,saya nak kongsikan,perjuangan hati di One Community Worldwide..Di sini adalah tempat di mana saya belajar berjuang menggunakan hati yang tulus...Dahulunya,saya adalah orang yang tak reti sangat menggunakan hati...tapi di sini,ramai orang boleh berjaya bila setiap perjuangan melibatkan hati yang bersih,hati yang besar dan hati yang ikhlas. Di luar untuk berjaya,kadangkala perlu tikam belakang,kadangkala perlu hulur rasuah,perlu dengki satu sama lain dan kadangkala perlu hantar sihir berperingkat2....Tetapi untuk berjaya di One Community,simple,hanya guna hati:)

Eh,macam mana tu??Di One Community, kita akan membantu ramai orang untuk sihat dan ada peluang untuk hidup...Ramai yang datang dengan keadaan tiada harapan untuk hidup kerana penyakit2 tertentu..tapi di sini,saya belajar untuk memotivasikan orang2 yang datang untuk berharap pada sekeping nyawa itu walaupun kadangkala orang2 itu tiada kaitan apa2 pun...Hati akan tersentuh bila orang itu gembira dan mndapat kesihatan yang baik...

Di One Community juga,saya belajar menggunakan hati untuk bantu orang berubah sahsiah dan kembali ke jalan-Nya...Sesuatu yang xmugkin dapat di luar..Setiap permasalahan yang dihadapi,saya menggunakan hati untuk selesaikan,bukan gunakan emosi...Hati rasa gembira bila melihat ramai anak2 muda berubah dari sesuatu yang tidak elok kepada yang lebih baik...alhamdulillah:)

Pelik tapi benar kan??Itu la kelebihan sekeping hati pada setiap manusia...tidak percaya,bila anda yang membaca ini,mungkin tidak kenal one community,atau mungkin telah terlupa,di sini ayat kita,"Guna Hati" ajer k:)